SPH Logo mobile
MyBH Logo
quick-news-icon
SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topik diikuti

Pergi ke BHku

Stesen MRT Hume dibuka lebih awal pada 28 Feb

Stesen MRT Hume dibuka lebih awal pada 28 Feb

Stesen DTL di Upper Bukit Timah Road akan mudahkan penduduk ke pusat bandar, Kebun Bunga

Stesen MRT Hume dibuka lebih awal pada 28 Feb

Stesen yang terletak di Upper Bukit Timah Road ini akan memudahkan penduduk untuk ke pusat bandar.
Stesen yang terletak di Upper Bukit Timah Road ini akan memudahkan penduduk untuk ke pusat bandar. - Foto ZAOBAO
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 24, 2025 | 2:27 PM

Stesen MRT Hume di Bukit Timah, yang terletak di Laluan Downtown (DTL), akan dibuka lebih awal untuk perkhidmatan penumpang pada 28 Februari, kata Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, pada 24 Januari.

Stesen itu, yang terletak di antara stesen Hillview dengan Beauty World di DTL, merupakan yang terakhir pada fasa kedua laluan itu yang masih belum dibuka.

Fasa 2 DTL mula beroperasi pada Disember 2015.

Stesen Hume, yang akan dibuka pada 3 petang, 28 Februari, pada asalnya dijadualkan untuk mula beroperasi pada suku kedua 2025, lapor The Straits Times.

Stesen yang terletak di Upper Bukit Timah Road itu akan memudahkan penduduk untuk menuju ke pusat bandar, kata Encik Chee dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata perjalanan dari stesen Hume ke stesen Downtown di Pusat Bandar akan mengambil masa sekitar 30 minit, berkurangan daripada kira-kira 45 minit sebelum ini.

Stesen itu juga akan menghubungkan penduduk ke Kebun Bunga Singapura dalam 15 minit, separuh daripada masa yang diperlukan untuk ke sana dengan menaiki bas.

Selain itu, penumpang juga boleh melawat tempat menarik seperti Kilang Ford Lama dan Koridor Kereta Api di Bukit Timah dengan lebih mudah.

Sebagai persediaan untuk perkhidmatan penumpang, SBS Transit – yang mengendalikan DTL – akan menjalankan ujian pengendalian, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan.

Apabila dibuka, stesen Hume akan memberi perkhidmatan kepada lebih 20,000 penduduk di kawasan antara stesen MRT Hillview dengan Beauty World. 

Kerja menyiapkan stesen yang kosong selama ini – struktur cengkerang yang dibina pada 2015 – bermula pada 2021 selepas penduduk membuat desakan selama bertahun-tahun.

Pemerintah sebelum ini menyatakan bahawa pembangunan di kawasan tersebut dan peningkatan jumlah penumpang tidak cukup untuk membuka stesen itu.

Namun, ini berubah selepas usaha membangunkan Koridor Kereta Api dan Stesen Bomba Bukit Timah lama.

Pada 24 Januari, Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Cik Low Yen Ling, menggambarkan pembukaan stesen itu sebagai “impian yang menjadi kenyataan”.

Bersama dengan penduduk, beliau telah meyakinkan LTA untuk membuka stesen tersebut, yang terletak di kawasannya.

Stesen Hume akan mempunyai dua pintu masuk – satu menghadap Upper Bukit Timah Road dan satu lagi menghadap Hume Avenue, kata Cik Low dalam satu hantaran Facebook.

Untuk meningkatkan sambungan ke stesen, laluan pejalan kaki bertutup telah dibina untuk menyediakan akses terlindung ke hentian bas berhampiran serta tempat naik dan turun penumpang, kata Cik Low, yang juga merupakan Menteri Negara Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan).

Selain itu, terdapat juga 60 tempat letak basikal berhampiran dua pintu masuk tersebut.

DTL akan mempunyai 39 stesen, termasuk empat stesen yang sedang dalam pembinaan.

Di daerah timur, stesen MRT Xilin dan Sungei Bedok sedang dibina untuk menghubungkan DTL dengan Laluan Thomson-East Coast (TEL), yang dijangka siap pada separuh kedua 2026.

Dua lagi stesen sedang dibina di sebelah barat untuk menghubungkan DTL ke Laluan Utara-Selatan (NSL).

Satu stesen akan dibina di Sungei Kadut Avenue dan satu lagi, sebagai stesen pertukaran, akan dibina antara stesen Yew Tee dengan Kranji yang sedia ada di NSL, dan dijadualkan siap pada 2035.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article

Ringkas

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 2:28
Loaded: 6.75%
Stream Type LIVE
Remaining Time 2:28
 
1x
  • Chapters
  • descriptions off, selected
  • subtitles off, selected
  • en (Main), selected
success-icon

Topik diikuti

Pergi ke BHku

Trend warga S’pura ikut pakej cuti M’sia: Agensi tempatan akur saingan

Trend warga S’pura ikut pakej cuti M’sia: Agensi tempatan akur saingan

Agensi S’pura usaha pertingkat mutu, teroka kerjasama dengan agensi M’sia

Trend warga S’pura ikut pakej cuti M’sia: Agensi tempatan akur saingan

Dengar Artikel ini
Generated by AI
Rombongan Halijah Travels berkunjung ke Kenya, Afrika.
Rombongan Halijah Travels berkunjung ke Kenya, Afrika. - Foto AHMAD ROSLI/HALIJAH TRAVELS
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jun 21, 2026 | 5:30 AM

Walau akur bahawa persaingan semakin sengit dalam industri pelancongan dengan lebih ramai warga Singapura memilih untuk ke luar negara menggunakan agensi Malaysia, agensi tempatan percaya pasaran yang kukuh masih wujud di negara ini.

Malah, mereka yang dihubungi Berita Minggu (BM) menekankan bahawa tawaran yang kekal unik bagi pelanggan yang memilih pakej bersama agensi tempatan ialah kemudahan, kebolehpercayaan, dan jaminan daripada segi penyelesaian masalah.

Walaupun harga menjadi faktor besar yang menarik pelanggan Singapura untuk memilih pakej bersama agensi Malaysia, masih terdapat segolongan penduduk yang lebih cenderung memilih agensi Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article

Video

Video Player is loading.
Current Time 0:08
Duration 2:28
Loaded: 33.73%
Stream Type LIVE
Remaining Time 2:20
 
1x
  • Chapters
  • descriptions off, selected
  • subtitles off, selected
  • en (Main), selected

140 keluarga terima agihan daging korban menerusi SalamSG

Thursday, June 18, 2026
success-icon

Topik diikuti

Pergi ke BHku

Bapa tunggal tabah galas amanah jaga anak istimewa, ayah hidap barah

Bapa tunggal tabah galas amanah jaga anak istimewa, ayah hidap barah

Demi dekat dengan keluarga, pengurus kanan tolak peluang kerjaya di luar negara

Bapa tunggal tabah galas amanah jaga anak istimewa, ayah hidap barah

Dengar Artikel ini
Generated by AI
Selain menjaga anaknya, Encik Adyan Mohammed Raziff (duduk, tengah), Encik Mohammed Raziff Abdul Hamid (berdiri di tengah), juga menjadi penjaga utama ibu bapanya, Cik Misnia Mahsom (duduk di kiri) dan Encik Abd Hamid Supa’at.
Selain menjaga anaknya, Encik Adyan Mohammed Raziff (duduk, tengah), Encik Mohammed Raziff Abdul Hamid (berdiri di tengah), juga menjadi penjaga utama ibu bapanya, Cik Misnia Mahsom (duduk di kiri) dan Encik Abd Hamid Supa’at. - Foto ihsan MOHAMMED RAZIFF ABDUL HAMID
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jun 21, 2026 | 5:30 AM

Ketika Encik Adyan Mohammed Raziff masih kecil, beliau sering akan mencari dan bertanya tentang kehadiran ibunya, ketika kanak-kanak lain sebayanya berlari pulang kepada ibu masing-masing.

Pada saat-saat meruntun jiwa, bapanya, Encik Mohammed Raziff Abdul Hamid, akan mendakap rapat anaknya yang mengalami autisme itu agar dia tenang demi memastikan si kecil tidak pernah rasa terpinggir.

“Saya tak mahu anak saya rasa kurang daripada orang lain,” kata Encik Raziff.

Adakah anda menikmati artikel ini? Beritahu kami.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article

Podcast

success-icon

Topik diikuti

Pergi ke BHku

Bapa korban kerjaya, luang sepenuh masa urus keluarga tercinta

Bapa korban kerjaya, luang sepenuh masa urus keluarga tercinta

Di sebalik stigma masyarakat, sebilangan lelaki beri laluan isteri bina kerjaya, suami saksi sendiri tumbesaran anak

Bapa korban kerjaya, luang sepenuh masa urus keluarga tercinta

Dengar Artikel ini
Generated by AI
hari bapa, father’s day, stereotype, career
Sejak menerima tawaran untuk bersara awal, Encik Aminuddin Md Noor (dua dari kanan), menggalas tugas selaku nara keluarga atau ‘house husband’, sekali gus berupaya mempunyai lebih banyak masa memantau keperluan anak. Bersamanya dalam gambar ialah anak-anaknya, (dari kiri) Cik Seri Hannah Aminuddin dan Cik Putri Azyan Aminuddin, serta isterinya, Cik Siti Hawa Shaini (kanan). - Foto BM oleh ADAM MIFZAL FAIZAL
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jun 21, 2026 | 5:30 AM

Apabila Encik Aminuddin Md Noor menerima tawaran untuk bersara awal daripada syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) pada 2020, beliau mengambil alih peranan yang mungkin dianggap luar biasa bagi sesetengah kaum Adam.

Namun, bagi bekas pegawai kanan khidmat pelanggan itu, menjadi nara keluarga atau ‘house husband’, bukanlah sesuatu yang baru.

Mengikut Kamus Dewan, nara merujuk kepada lelaki atau perwira.

Adakah anda menikmati artikel ini? Beritahu kami.
Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article

Ringkas

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 2:28
Loaded: 6.75%
Stream Type LIVE
Remaining Time 2:28
 
1x
  • Chapters
  • descriptions off, selected
  • subtitles off, selected
  • en (Main), selected
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Man Icon
Pilih perkataan yang betul
Parentheses=
    Tanda tinggal
    Tanda seru
    Tanda kurung
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg

MDDI (P) 015/06/2025, MDDI (P) 014/06/2025 SPH Digital News Copyright © 2026 . SPH Media Limited. Co. Regn. No. 202120748H

exit-intervention-img

NANTI DULU!

Diskaun 50% untuk akses dan ciri-ciri premium selama setahun

Baca artikel-artikel premium, surat khabar digital dan ciri-ciri eksklusif

S$41.40* (harga biasa S$82.80)

*untuk tahun pertama