Dengar Artikel ini

EWL kini beroperasi dari Depoh Bersepadu East Coast baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

EWL kini beroperasi dari Depoh Bersepadu East Coast baru

Mar 10, 2026 | 8:36 PM

EWL kini beroperasi dari Depoh Bersepadu East Coast baru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
sound-waves
Dengar berita yang disampaikan
dalam suara wartawan kami yang
dijana oleh kecerdasan buatan
down
Dengar Artikel ini
Generated by AI
depoh bersepadu east coast, ewl, laluan transit rel
Depoh Bersepadu East Coast (ECID) mempunyai keupayaan penyelenggaraan lebih besar, dengan enam landasan pemeriksaan, berbanding empat di Depoh Changi. - Foto ST

Operasi Laluan Timur–Barat (EWL) telah dipindahkan ke Depoh Bersepadu East Coast (ECID) selepas laluan itu disambungkan ke depoh tersebut pada Disember 2025.

Tren dari Laluan Thomson–East Coast (TEL) dan Laluan Downtown (DTL) dijangka mula berkhidmat dari ECID menjelang akhir 2026.

Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 10 Mac.

Kini, tren DTL menggunakan Depoh Gali Batu di Woodlands, manakala tren TEL berhenti di Depoh Mandai.

ECID bertingkat itu boleh menempatkan sehingga 220 tren.

Depoh tiga laluan disusun bertingkat – DTL di bawah tanah, TEL di aras tanah dan EWL di aras atas.

Walaupun berkongsi kemudahan dan sistem, ketiga-tiga depoh direka untuk beroperasi secara bebas.

DTL dikendalikan oleh SBS Transit.

LTA berkata penempatan tiga depoh rel di satu tapak menjimatkan 44 hektar tanah – seluas 60 padang bola sepak.

Bagi kakitangan SMRT Trains yang mengendalikan EWL dan TEL, bekerja di ECID juga lebih mudah.

Encik Nur Izzat Jamal, 37 tahun, pengurus kru dan pengawal depoh, berkata kapten tren di Depoh Changi sebelum ini perlu menaiki bugi ke landasan melalui laluan tidak berbumbung.

Di depoh baru, pejabat hanya beberapa langkah dari landasan melalui laluan berbumbung, kata Encik Izzat, yang merupakan antara kira-kira 230 pekerja yang mengendalikan depoh EWL di ECID.

Meletakkan tren juga lebih cepat.

Di Depoh Changi, proses itu mengambil kira-kira 20 minit kerana susun atur landasan.

Di ECID, tren boleh terus memasuki landasan simpanan dan mengambil kurang 10 minit.

ECID mempunyai 38 landasan simpanan, setiap satu boleh menempatkan dua tren, membolehkan penempatan sehingga 76 tren – lebih dua kali ganda berbanding 36 tren di Depoh Changi.

Di samping itu, ECID juga mempunyai enam landasan pemeriksaan, berbanding empat di Changi, serta dua landasan penyelenggaraan tambahan dan satu landasan ujian selepas kerja penyelenggaraan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article

Ringkas

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 1:34
Loaded: 10.62%
Stream Type LIVE
Remaining Time 1:34
 
1x
  • Chapters
  • descriptions off, selected
  • subtitles off, selected
  • en (Main), selected

Kemahiran AI kunci wanita kembali bekerjaya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemahiran AI kunci wanita kembali bekerjaya

Mar 11, 2026 | 1:29 PM

Kemahiran AI kunci wanita kembali bekerjaya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Menteri Negara (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital), Cik Rahayu Mahzam berkongsi kelebihan kecerdasan buatan (AI).
Menteri Negara (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital), Cik Rahayu Mahzam berkongsi kelebihan kecerdasan buatan (AI). - Foto fail

Menguasai dwikecekapan dalam kecerdasan buatan (AI) dan bidang profesional adalah kunci untuk kekal relevan apabila kembali bekerja setelah mengambil cuti kerjaya, kata Menteri Negara (Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital), Cik Rahayu Mahzam.

Beliau mengakui AI membuka ruang bagi mereka yang ingin kembali memasuki pasaran kerja untuk mengikuti perkembangan terkini dan terus meningkatkan diri.

Namun, beliau menggesa pemimpin agar menyediakan dasar kerja fleksibel dan program bimbingan yang direka khusus untuk menarik dan mengekalkan, terutamanya wanita dalam peranan teknikal.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article

Video

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 1:24
Loaded: 11.86%
Stream Type LIVE
Remaining Time 1:24
 
1x
  • Chapters
  • descriptions off, selected
  • subtitles off, selected
  • en (Main), selected

Zaqy: Pemerintah komited bantu warga S’pura yang terjejas dek situasi di Timur Tengah

Wednesday, March 11, 2026

Perang di Timur Tengah: Warga S’pura pulang dari Riyadh dengan pesawat RSAF

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perang di Timur Tengah: Warga S’pura pulang dari Riyadh dengan pesawat RSAF

Perang di Timur Tengah: Warga S’pura pulang dari Riyadh dengan pesawat RSAF

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Encik Johann Nassier Nicholas (bertopi) menyambut kepulangan ibu, Cik Zaiton Sotho, yang berada di Timur Tengah seja 7 Feb.
Encik Johann Nassier Nicholas (bertopi) menyambut kepulangan ibu, Cik Zaiton Sotho, yang berada di Timur Tengah seja 7 Feb. - Foto INSYIRAH MOHD SHUKOR

Balai ketibaan Terminal 2 di Lapangan Terbang Changi, yang lazimnya sunyi pada dinihari, bertukar menjadi riuh pada 11 Mac apabila 218 warga Singapura pulang dari Riyadh, Arab Saudi dengan menaiki pesawat Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF).

Penerbangan khas SAF12 itu mendarat di Lapangan Terbang Changi sekitar 6 pagi selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh sekitar 5.30 petang (waktu tempatan) pada 10 Mac.

Warga Singapura itu terkandas di sana selepas perang tercetus di Timur Tengah, memaksa penutupan ruang udara dan pembatalan kebanyakan penerbangan komersial.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article

Podcast

Perang di Timur Tengah: Pesawat tentera bawa pulang warga S’pura dari Riyadh dijangka tiba di Changi dinihari 11 Mac

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perang di Timur Tengah: Pesawat tentera bawa pulang warga S’pura dari Riyadh dijangka tiba di Changi dinihari 11 Mac

Mar 11, 2026 | 5:00 AM

Warga Singapura dalam perjalanan memasuki pesawat RSAF di Riyadh pada 10 Mac.
Warga Singapura dalam perjalanan memasuki pesawat RSAF di Riyadh pada 10 Mac. - Foto MINDEF

Pesawat tentera yang dikerahkan ke Riyadh, Arab Saudi untuk membawa pulang rakyat Singapura di tengah-tengah perang di Timur Tengah dijangka tiba di Lapangan Terbang Changi pada dinihari 11 Mac.

Pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) itu berlepas dari Lapangan Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh sekitar 5.30 petang (waktu tempatan) pada 10 Mac, menurut laman pemantauan penerbangan Flightradar24.

Penerbangan yang dinamakan SAF12 itu dijadual tiba di Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Changi sekitar 6.30 pagi pada 11 Mac.

Adakah anda menikmati artikel ini? Beritahu kami.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article

Ringkas

Video Player is loading.
Current Time 0:00
Duration 1:34
Loaded: 10.62%
Stream Type LIVE
Remaining Time 1:34
 
1x
  • Chapters
  • descriptions off, selected
  • subtitles off, selected
  • en (Main), selected
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Man Icon
Pilih perkataan yang betul
Recede=
    Surut
    Kempes
    Tenggelam

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg

MDDI (P) 015/06/2025, MDDI (P) 014/06/2025 SPH Digital News Copyright © 2026 . SPH Media Limited. Co. Regn. No. 202120748H