BLOG AMMAR

Menu
  • Home
  • TRENDING
  • HIBURAN
  • INFO
  • SUKAN
  • TEKNOLOGI
  • DRAMA
  • KESIHATAN

Inilah Kisah Sebenar Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh

ammar

suami saman isteri kerana anak hodoh sangat.jpgInilah Kisah Sebenar Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh

Beberapa bulan lepas gambar ini menjadi viral di seluruh dunia dan menjadikan satu berita sensasi terutamanya di China. Gambar yang dimaksudkan adalah gambar pasangan suami isteri beserta tiga orang anak.

Tajuk yang ditulis oleh laman web dan blogger di seluruh dunia sungguh lucu iaitu ‘Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh’ dan ianya menjadi berita sensasi seluruh dunia. Namun ini adalah kisah sebenar…

Kisah Sebenar disebalik “Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh”.

Selepas tiga tahun,  akhirnya wanita di dalam gambar tersebut yang juga seorang model, Heidi Yeh, tampil memberikan cerita sebenar.

Di dalam satu sidang media yang dibuat oleh Heidi Yeh, dia berkata sejak gambar itu viral, dia seolah-olah hidup di dalam neraka kerana payah mendapat kerja dan juga dikeji oleh orang ramai sehingga ada yang memanggilnya plastik.saman isteri anak hodoh.jpg

Yeh berkata sebenarnya gambar itu adalah gambar dari sesi photoshot yang dibuat untuk sebuah klinik kosmetik dan dia cuma model untuk gambar itu.

Pada awalnya, klinik itu cuma bersetuju untuk menggunakan gambar itu di dalam iklan bercetak namun tidak lama selepas itu, klinik tersebut mula menggunakan gambar yang sama di dalam iklan online. Selepas itu, gambar tersebut menjadi viral di media sosial.gambar keluarga pembedahan plastik.jpg

Iklan itu berbunyi “Satu-satunya benda yang kamu akan risau adalah bagaimana untuk memberitahu anak-anak“.

Keadaan menjadi semakin parah apabila berita palsu mengenai seorang suami menyaman isterinya kerana mengeluarkan anak yang hodoh mula disiarkan oleh tabloid Heilongjiang. Tabloid itu meletakkan gambar ‘keluarga Yeh’ di dalam artikel tersebut.suami saman isteri kerana anak hodoh.jpg

Sejak dari itu, Yeh menjadi viral di seluruh dunia dan menjadi bahan jenaka orang ramai.

ARTIKEL LAIN  PU Abu Tidak Akan Memberi Kenyataan Sehingga Arahan Dari Ayah

Yeh kini dalam proses untuk menyaman agensi pengiklanan yang terlibat dan juga klinik kosmetik tersebut sebanyak 785,000 yuan atau RM 514,000.heidi-yeh-tears.jpg

Prev Article
Next Article

One Response

  1. ira

    macam-macam dunia zaman sekarang. ramai pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaibkan individu lain dan menyebarkan berita palsu. berita sebegini boleh mengundang pelbagai kesan buruk pastinya.

    August 3, 2017

Leave a Reply

Cancel reply

Related Posts

  • popia milik indonesia
    Protes Di Depan Kedutaan Malaysia Tuntut Popia …
    July 25, 2017 14
  • kesilapan memalukan dalam polis evo.png
    10 Kesilapan Yang Memalukan Dalam Filem Polis …
    November 13, 2015 5
  • kenapa lelaki perlu kahwin staff nurse
    Jururawat Cun Ini Dedah 10 Sebab Kenapa …
    June 30, 2016 1
  • kahwin dengan mat rempit
    Saya Kahwin Dengan Mat Rempit, Niat Untuk …
    September 11, 2017 1
  • Gadis Cina Lawan Arus Tidak Boleh Didakwa Kerana Membunuh
    Gadis Cina Lawan Arus Tidak Boleh Didakwa …
    March 16, 2017 1

BLOG AMMAR

Informasi Terkini Dicari
  • CONTACT US
  • ABOUT US
  • PRIVACY & POLICY
  • DISCLAIMER
  • SITEMAP
Copyright © 2024 BLOG AMMAR
Owned by Ammar Media Network 202203208922 (KT0528715-T)