<link href='https://www.blogger.com/dyn-css/authorization.css?targetBlogID=7233785504243634354&amp;zx=6dbf907d-1fd2-4246-a3a2-c1bbf4ce9f6f' rel='stylesheet'/>

Sabtu, 3 September 2011

Ikan Kelah - King Of The River



Apa itu Ikan Kelah?

Menurut Wikipedia: Ikan Kelah atau Mahseer adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.
Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India.

Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilo gram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.
Ikan Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas. Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.

Kenapa Ikan Kelah menjadi kegilaan Kaki Pancing?

Ikan kelah bukan sahaja terkenal kerana keenakan rasa dagingnya yang mempunyai tekstur yang halus malah ia sangat kuat melawan sekiranya terkena mata kail.
Justeru, kombinasi semangat juang yang tinggi apabila terkena mata kail serta isinya yang sedap menjadikannya buruan kaki pancing dan peminat ikan air tawar.
Akibat tekanan penangkapan yang melampau dan permintaan yang tinggi di pasaran ia kini diancam kepupusan.
Dikenali sebagai 'King of the River', kelah merupakan ikan yang hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Terdapat lebih daripada 19 spesies kelah yang terdapat di dunia dan di Malaysia hanya terdapat tiga spesies.
Kebanyakan ikan kelah yang dijumpai di Malaysia ialah kelah merah. Habitat semula jadi ikan kelah adalah di hulu sungai yang lebih 500 meter dari paras laut

Specis Ikan Kelah Di Malaysia

Berdasarkan kajian penyelidik ikan kelah setakat ini, disimpulkan terdapat 3 jenis ikan kelah di Malaysia, iaitu:
a) Tor Tambra
b) Tor Tambroides
c) Tor Duoronensis 

Ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan selalu dirujuk sebagai “Tor Tambroides”.  Spesis “Tor Tambroides” yang sebenar ialah ikan kelah merah yang mempunyai lebihan cuping panjang di bawah mulutnya.

"Tor Tambroides"
Ikan Kelah Merah

Sementara di Sarawak, ikan yang dirujuk sebagai “Tor Tambroides” ialah ikan empurau. Sementara ikan semah di Sarawak (ikan rasmi negeri Sarawak) dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis” dan warnanya lebih kehijauan tua ke coklat
“Tor Duoronensis”
Ikan Kelah Hijau/Empura/Semah

Ikan kelah yang kebiruan juga biasa dirujuk sebagai dari spesis “Tor Douronensis” walaupun ianya didapati di Semenanjung Malaysia khususnya dari kawasan Endau. Ikan pelian di Sabah pula dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis”.
“Tor Douronensis”
Ikan Kelah Biru

Harus juga diingat bahawa, berdasarkan rekod kajian, hanya ikan kelah dari jenis “tor tambroides” dan “tor tambra” sahaja yang boleh membesar sehingga melebihi 1 meter.

 Golden Masheer yang terdapat di India dan Thailand
Terdapat jalur belang hitam ditengah badan ikan.


Ciri-ciri Ikan Kelah

Menurutnya lagi secara logiknya, ikan kelah adalah ikan yang lasak dan lincah berenang kerana ia hidup di celah-celah batu yang mempunyai air yang laju. Ikan kelah ini boleh membesar sehingga lebih daripada 50 kilogram (kg) dan dikenali kerana memiliki bibir dan mulut yang besar.

 Ikan Kelah suka tinggal di Sungai yang bersih dan jernih serta terdapat arus  dan batu

Selain itu, ikan kelah mempunyai garisan lateral (tengah) yang jelas dilihat di tengah-tengah bahagian badan dan juga mempunyai sisik yang besar dan cantik.       
Jumlah sisik di bahagian garisan lateral (tengah) ikan dewasa kebiasaannya adalah antara 20 hingga 30 keping.

Ikan kelah juga mempunyai beberapa sirip seperti pektoral, pelvik, dorsal, anal dan sirip kaudal (ekor). Perbezaan ikan kelah dengan ikan lain ialah ia mempunyai lebihan daging di bawah dagunya.
Ikan kelah betina bertelur sepanjang tahun dan mengeluarkan telur pada musim selepas hujan di celah-celah batu atau lopak air di sekitar kawasan sungai. Kebiasaannya ia akan mengeluarkan telur secara sedikit-sedikit mengikut kematangan telur berbanding dengan ikan lain yang mengeluarkan telur secara sekali gus

Kenapa Ikan Kelah mempunyai harga yang sangat tinggi di Malaysia?
 
Amat bernilai kerana rasa yang sedap, hiasan yang cantik dan kehebatan bertarung dalam “sport fishing”. Justeru digelar sebagai “Kings Of The Rivers”, “The King Of Fish”, “The King of Freshwater Sport Fish”, “World Best Freshwater Sport Fish”, “Raja Ikan Air Tawar, “Raja Sungai”, dan “Ikan Sukan” sekali gus harganya termasuk dalam kategori “mahal“. Ringkasnya Ikan Kelah ini digilai kerana untuk tujuan Ikan Sukan, Ikan Hiasan dan Ikan Makan. Ikan Kelah juga mempunyai “Sanctuary” nya yang tersendiri di Taman – Taman Negara.

Umpan untuk menjerat Ikan Kelah.

Umpan yang popular untuk menjerat ikan Kelah ini ialah Umpan biji kepala sawit. Biji kelapa sawit diperam terlebih dahulu selama 3 hari supaya lebih berbau dan berminyak. Umpan biji sawit selalunya di cangkuk sebiji pada mata kail ataupun dihiris dan dicucuk pada mata kail.

 Biji Kelapa Sawit

Cara mencangkuk umpan sawit pada matakail



Selain itu, buah ara masak yang tumbuh liar di hutan juga menjadi umpan kegemaran ikan Kelah.



Buah Ara

Set Memancing utuk Ikan Kelah.

Ikan Kelah merupakan ikan sungai yang mampu memberi tentangan hebat pada memancing. Oleh itu set memancing memainkan peranan penting untuk menjamin kejayaan. Rod yang berkekuatan hingga 20lb digandingkan bersama kekili 2000-4000 siries amat sesuai di gunakan. Tali 12-30lb juga sesuai untuk digunakan. Ketika memancing ikan kelah, pastikan set memancing diikat rapi dengan tali kerana berlaku beberapa kali kes dimana set memancing terbang ke dalam sungai angkara ikan Kelah.

Perbezaan ikan Kelah dan Tengas/Kejor

Tengas dan kejor (panggilan tempatan) ialah 2 spesis ikan yang hampir menyamai ikan kelah. Jika diimbas sekali, kelihatan ikan Tengas dan Kejor amat menyerupai ikan Kelah. Jika tidak mahir, anda boleh terkeliru antara kelah dan tengas/kejor. Nama saintifik ikan tengas ialah “Neolissochilus Hexagonolepis”. Ikan tengas ini juga biasa dipanggil sebagai “tengas batu”. Sementara ikan kejor ialah “Neolissochilus Soroides”.  Ikan tengas daun pula diklasifikasikan sebagai ” Poropuntius Smedleyi”.

Sebenarnya, apabila disebut “ikan kelah” memang merujuk “ikan kelah merah” yang taburannya di sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sementara “ikan kelah biru” jarang ditemui dan secara geografi, taburannya biasa di kawasan Endau-Rompin. Sementara “ikan kelah hijau” adalah panggilan nama yang diguna-pakai oleh orang orang Cina (peminat dan penternak) untuk merujuk sebenarnya kepada “ikan tengas”, iaitu satu spesis yang mirip mirip kelah, dan juga dipanggil sebagai “false mahseer”. Oleh itu jangan mudah tertipu semasa membeli ikan Kelah kerana terdapat  peniaga yang menipu pembeli dengan menawarkan ikan Tengas/Kejor dengan harga setinggi Ikan Kelah kerana kedua ikan ini kelihatan sama dan sukar dibezakan.

 Ikan di atas: Ikan Kelah @ Masheer
Ikan di bawah: Ikan Tengas @ Neolissochilus Hexagonolepis

 Bulatan merah menunjukkan perbezaan bibir ikan Ikan Kelah dan Ikan Tengas
Ikan yang dalam bulatan merah ialah ikan Kelah

Di Malaysia, Ikan Kelah mula menujukkan tanda kepupusannya. Ini kerana isinya sedap dan berharga mahal telah menjadikan permintaan terhadap Ikan Kelah terlalu tinggi. Kepupusannya bukanlah di sebabkan oleh pemancing. Saya berpendapat aktiviti memancing bukan faktor kepupusan ikan ini, tetapi segolongan manusia yang tamak untuk mengaut keuntungan cepat. Penggunaan jaring ,renjatan electric dan Bom Ikan merupakan salah satu punca ikan ini mengalami kepupusan. Telah beberapa kali ketika kunjungan saya ke Taman Negara Pahang, saya mendapati penggunaan teknik terlarang ini oleh  orang yang tidak bertangungjawab di sungai yang didiami oleh specis Ikan Kelah ini semata-mata untuk membekal ikan ini kepada peraih di pasar. Kemudian anak-anak ikan Kelah juga ditangkap untuk dibekalkan kepada pengusaha kedai aquarium untuk dijadikan ikan hiasan. Walaupun pihak Taman Negara melarang keras penggunaan jaring ,renjatan electric dan Bom Ikan di sungai yang berada di Taman Negara, orang-orang yang tidak bertanggungjawap ini masih licik hingga jaring dan bom ikan masih terlepas dan masih digunakan. Kemudian akibat kekurangan & kepupusan ikan ini para pemancing pula yang dipersalahkan.

Faktor pencemaran sungai juga merupakan faktor utama kepupusan ikan ini yang hanya tinggal di dalam sungai yang jernih dan bersih. Walaupun terdapat pemancing yang mengamalkan konsep Catch & Release, adakah usaha murni ini memberi satu perubahan tentang populasi Ikan ini. Tepuk dada tanya selera. Hanya kita mampu merubah supaya anak dan cucu kita dapat memancing salah satu ikan air tawar terhebat di Malaysia ini


31 ulasan:

  1. Akasah
    Very informative post about a beautiful species of fish. Last year I saw a TV fishing show about giant golden masheer in India. Their bait was a dough ball 15cm across and they would sometimes wait 24hrs for a bite!

    BalasPadam
  2. Thank you John a lot,
    Here masheer is very expensive.
    Because this is now beginning to be extinct
    Yup, very difficult to fish for these fish types, requires a lot of patience
    Beautiful fish because these fish can provide an unlimited struggle while fishing ... lucky here, there are still some places are still reserved for the fishing masheer ..

    BalasPadam
  3. Mantop bang..bila la aku bleh g mancing kelah ngan ko ni..

    BalasPadam
  4. Wow... ikan kelah hebat... Saya mengaku ikan kelah sensitif dan bagi kebanyakan pemancing, ia sangat sukar... tapi di sebalik tu ada rahsia yang sangat besar berkenaan teknik memancing kelah nih. Mungkin hampir semua orang tak percaya kalau ada orang yang biasa memancing kelah lebih daripada 300 ekor hanya dalam masa kurang dari 3 jam. lebih menarik, orang tu masuk dalam air sekali ketika mancing... dan teknik ni bukan pakai jampi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mengarut je ko ni. Pancing kelah 300 ekor dalam masa 3 jam. Merepek.

      Padam
    2. 300 ekor dalam masa 3 hari pon aq susahsnak percaya geng.. Hahaha

      Padam
  5. Salam Sejahtera, saya Khai. Seorang student dari UPM. Khai nak tanya sikit pendapat anda. Adakah Ikan Tengas rasanya serupa dengan Ikan Kelah? Ada potensi tak Ikan Tengas diganti sebagai Ikan Kelah di pasaran? Terima kasih.

    BalasPadam
  6. Sifu Fahiz,
    Insyallah kita set masuk ke taman negara sesama..

    BalasPadam
  7. myfishland
    mungkin tidak mustahil.
    Jika di ambil contoh di negeri pahang.
    Ikan kelah bukan di ketegorikan sebagai ikan terancam. ini kerana populusi ikan ini masih banyak di taman negara Pahang...

    BalasPadam
  8. Salam Khai,
    Ikan Kelah dan Tengas memang kelihatan serupa. tetapi dari segi rasa ternyata ikan kelah ini lebih sedap. Kerana itulah ikan kelah mendapat permintaan tinggi serta harga nya yang mahal..
    Keistimewaan ikan kelah ini ialah sisiknya juga turut boleh dimakan dan isinya menpunyai rasa lemak manis.

    Semua ini berbeza sekali dengan Ikan tengas. Walaupun begitu kedua-dua ikan ni tetap mempunyai nilai tersendiri sebagai ikan hiasan ataupun dijadikan makanan..tetapi jangan tertipu..terdapat juga pengusaha yang menjual ikan tengas dengan harga ikan kelah.....harap membantu

    BalasPadam
  9. ‎5ekor kelah bara tembat 17-24inci
    3ekor Kelah merah sg. trg mati 16-18inci
    1ekor kelah merah tasik 18inci
    1ekor kelah merah sg setuang 25inci

    Untuk dijual... Lumsum or Sekor2 pom bleh
    Harga Lumsum 11k utk 10ekor.. sila pm bagi yg berminat.. 0109282909 atau leh tgk gambar ikan di FB nick_trash61@yahoo.com

    BalasPadam
  10. Terima kasih Akasah. Sori juga sbb lambat balas. Yeah, info yg anda bagi adalah amat membantu. terima kasih.

    BalasPadam
  11. A very good info.Keep posting.

    Its one of my dreams to have my own stream full with this fish and other precious fresh water fishes ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Again Anglers Belong...it also my dream to cacth this fish at borneo island...hopefully you can assist me...

      Padam
  12. saya dodi di padang sumatra barat indonesia
    saya ada ikan kelah ukuran 1kg up dan bibit ikan kelah
    hub: +6285263058305.....tks

    BalasPadam
  13. cubalah umpan saya...dalam bulan 12 kerangga akan mempunyai rajanya..cari dlm sarangnya...semut besar yang berwarna hijau tu..gerenti meletop...tidak sempat sampai di air sudah disambar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana sudi berkongsi tips

      Padam
  14. aku mancing asyik tengas je sambar..kelah xpenah dapat...tpi member dpat...hmmm

    BalasPadam
  15. adakah umpan selain sawit dan buah ara untuk ikan kelah....tks

    BalasPadam
  16. Jom kita p keningau sabah, memancing ikan kelah kat sabah,ikan kelah amat mudah ditangkap dan menjadi makanan harian kami kami di kawasan pendalaman sabah, harganya pun murah, di sabah ikan kelah ni kami panggil ikan serawi, selalunya kami buat sup ,isi ikan kelah mmg sedap

    BalasPadam
  17. Sy akur ikan ni ikan yg pling sukar dipancing,..sy pernah mendaratkan kelah seberat 2.17kg tu pn dh brrpuluh kali mencuba memburu ikan ni, umpan yg sy guna adalah buah nangka yg manis.......

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Bang nama saya akim..
    kalau ade trip ke sungai dalam hutan mohon info pada saya..
    Nak ikut..
    Saya pn berasal dari shah alam..
    Kalau tidak keberatan boleh hubungi saya 019 600 4404..
    Terima kasih bang..

    BalasPadam
  20. Saya pernah daratkan kelah dgn umpan ayam dara goreng rempah (beli tepi jalan sbg bekal pegi memancing) Mungkin secara tak sengaja. Esok cuba lagi dah hasilnya sekor lagi. Tapi hanya dua ekor itu saja yg menjadi.

    BalasPadam
  21. https://gokilkakek.blogspot.co.id/
    https://gokilkakek.blogspot.co.id/2017/11/inilah-deretan-artis-jav-yang-bikin.html

    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At Pelangikita.com ^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami
    - BBM : D8C5975D
    - WHATSAPP : +855 98 874 349
    - LINE : poker_pelangi

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Original text