Masyarakat Korea amalkan tradisi minum arak diperbuat daripada najis kanak-kanak (video)
oleh Malisa Aina

Peliknya amalan masyarakat Korea ni, arak daripada najis kanak-kanak dikatakan baik untuk kesihatan? Biar betul?? Itukan najis, takkan nak dibawa minum. Untuk pengetahuan anda, masyarakat Korea dahulu kala(zaman nenek moyang) percaya sejenis arak, Ttongsul yang diperbuat daripada najis kanak-kanak sangat baik untuk kesihatan.

Menurut seorang doktor perubatan tradisional di sana, Dr Lee Chang Soo, arak jenis ini adalah amat bagus untuk memulihkan tulang patah selain memberikan kesegaran tubuh badan.

Najis yang digunakan pula bukanlah sebarangan kerana najis kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun dikatakan tidak tercemar berbanding najis orang dewasa.

Kemudiannya, najis itu akan dicampurkan dengan arak, nasi serta pulut sebelum diperam selama seminggu untuk menghasilkan wain najis manusia itu.

Walaubagaimanapun, kebanyakan generasi muda di Korea pada hari ini tidak pernah mendengar mengenai wain itu dan mereka berpendapat tidak akan sesekali minum minuman yang menjijikkan itu. – sumber

article-2398130-1B616D5E000005DC-34_634x425

article-0-1B616D56000005DC-14_634x356

article-2398130-1B616D5A000005DC-155_634x392

article-2398130-1B616D52000005DC-855_634x391

article-0-1B616D62000005DC-69_634x383

Tinggalkan komen

Email *

All Rights Reserved. Vijandren Ramadass.